malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Darurat: 2 pemimpin PKR diterima jadi pencelah saman Bersih
Diterbitkan:  Apr 1, 2021 4:19 AM
Dikemaskini: 4:19 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima permohonan dua pemimpin PKR untuk menjadi pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada Malaysiakini, Senator Mohd Yusmadi Yusoff mengesahkan permohonnya dan ahli parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang dibuat pada pertengahan Mac lalu, diterima.

Yusmadi, yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 3 Mei depan.

“Permohonan pencelahan ini perlu dibuat bagi menyokong permohonan oleh masyarakat sivil untuk mempertahankan kedaulatan parlimen sebagai institusi yang menjamin kebertanggungjawaban demokrasi kepada rakyat,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, Bersih dan enam NGO mengumumkan memfailkan saman pemula terhadap Ordinan Darurat yang membolehkan penggantungan parlimen - melibatkan Seksyen 14 Ordinan Darurat.

Menurut salinan afidavit sokongan bagi permohonan mencelah, Yusmadi berkata dia dan Shamsul tidak dapat melaksanakan tugas membawa isu berkaitan kepentingan rakyat di parlimen.

Dia berkata penggantungan parlimen menghalang mereka menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan untuk menyoal dan membahaskan tindakan eksekutif di parlimen.

Yusmadi dan Shamsul juga berkata mereka ada tanggungjawab untuk membahas dan mengundi proklamasi darurat dan Ordinan Darurat.

Parlimen adalah institusi yang membolehkan semak dan imbang terhadap cabang eksekutif, kata mereka lagi.

Lihat Komen