malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
1,683 jangkitan baru Covid-19, kes naik mendadak di Perlis
Diterbitkan:  Mar 7, 2021 5:14 PM
Dikemaskini: 11:28 AM
ADS

Sebanyak 1,683 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 313,460 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kini kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak  20,333 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul korban seramai 1,169 orang.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor dan satu kes di Pahang. 

"Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan.

Seramai 2,506 pesakit sembuh pada hari ini, dengan jumlah kumulatif 291,958 kes sembuh.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 174 pesakit dirawat di ICU dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Perlis mencatatkan lonjakan mendadak dengan 24 kes, berbanding semalam tanpa kes.

"13 kes daripada kluster baru iaitu Kluster DTI Persiaran Wawasan; dan 11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19," jelas Dr Noor Hisham.

Katanya lagi, Selangor terus mendahului kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus)" jelasnya.

Menjelaskan lanjut, kata Dr Noor Hisham terdapat lapan kluster baru dikesan hari ini.

Jelasnya, ia melibatkan lima kluster di tempat kerja, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster penularan komuniti.

Kluster di tempat kerja membabitkan dua di Selangor iaitu Kluster Kemuning Enam dan Kluster Jalan Sungai Selangor, Kluster Industri Inanam di Sabah, Kluster Jalan Industri Tiga (Johor) dan Kluster Tapak Bina Jalan Satu (Kuala Lumpur).

“Kluster di pusat tahanan pula melibatkan Kluster Jalan Awang di Sarawak dan Kluster DTI Persiaran Wawasan di Perlis, manakala kluster dalam komuniti adalah Kluster Kiba di Sarawak,” katanya.

Pengesanan kluster baru itu, jelasnya menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini kini 1,199 kluster dengan 472 kluster masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 14 lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini sekali gus menjadikan jumlah kluster tamat sebanyak 727.

Perincian kes positif mengikut negeri:

Selangor: 746 kes

  • 222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai dan Kluster Kemuning Enam;
  • 417 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 106 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 201 kes

  • 82 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang dan Kluster Kiba;
  • 102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 172 kes

  • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 74 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 158 kes

  • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Tiga;
  • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 125 kes

  • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Satu;
  • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
  • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 99 kes

  • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Inanam;
  • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 48 kes

  • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 48 kes

  • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: 24 kes

  • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Persiaran Wawasan; dan
  • 11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 15 kes

  • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 12 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 12 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 10 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes

  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: Tiga (3) kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 

  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

 

Lihat Komen