malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua varian Covid-19 dikesan di Sarawak - Dr Noor Hisham
Diterbitkan:  Feb 12, 2021 8:47 PM
Dikemaskini: 12:47 PM
ADS

Dua varian Covid-19 dikesan di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Dia berkata pada masa ini jenis virus ini tidak menunjukkan bukti kadar keberkesanan jangkitan yang tinggi.

Universiti Malaya Sarawak (Unimas) mengesan varian itu, yang kemudian diteliti oleh Institut Penyelidikan Perubatan.

Menurut Dr Noor Hisham kebanyakan varian pertama, B.1.160.3 yang telah diubah nama kepada B.1.470 dikesan Indonesia sejak April tahun 2020.

Varian kedua, katanya, B.1.160 dikesan terdapat di Eropah. Varian ini mempunyai lonjakan mutasi D614G dan S477N.

"Tetapi varian yang dominan di United Kingdom (UK) pada masa ini adalah varian B1.1.7 di mana hampir 89.9 peratus distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK.

"Buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa varian B.1.160/B.1.470 dari Sarawak ini mempunyai tahap infektiviti atau virulens yang lebih tinggi.

"Dari kajian genomic sequencing di Semenanjung, strain yang serupa masih belum ditemui.

"Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan asal usul varian SARS-CoV2 di Sarawak walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7 peratus strain yang serupa sejak April tahun lalu," katanya pada hantaran di media sosial.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen