malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
i-Sinar: ‘Perlu pendahuluan sekarang, bukan 26 Januari’
Diterbitkan:  Jan 19, 2021 5:18 PM
Dikemaskini: 9:52 AM
ADS

Umno menyambut baik keputusan kerajaan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP membuat pembayaran pendahuluan sehingga 1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Bagaimanapun, kata presidennya Zahid Hamidi, rakyat memerlukan duit itu segera.

“Namun pembayaran ini akan dibuat pada 26 Januari iaitu pada fasa pertama PKP 2.0 berakhir sedangkan rakyat memerlukan wang itu sekarang.

“Semasa mereka diarah mengurangkan pergerakan,” katanya.

‘Lebih untungkan bank, berbanding peminjam’

Dalam kenyataan sebentar tadi, Zahid membangkitkan rungutan berkaitan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman.

“Kesulitan untuk mendapatkan moratorium satu hal. Tawaran pengurangan bayaran balik pula didakwa lebih menguntungkan bank berbanding peminjam.

“Mungkin sebab itu cuma kira-kira 1.3 juta permohonan yang diterima oleh pihak bank setakat ini.

“Apapun kita memahami beban kewangan kerajaan untuk memberi bantuan yang lebih besar kepada rakyat,” katanya.


Baca: Kenyataan penuh Zahid Hamidi


Umno juga terus mendesak kelulusan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik kerana “bank masih mampu mencatatkan keuntungan di sebalik ertanggungjawaban sosial itu”.

“Sebab itu kita terus mendesak kelulusan skim i-Sinar KWSP tanpa syarat dan bayaran dibuat pada kadar segera kerana wang itu adalah milik rakyat sendiri yang sangat-sangat diperlukan mereka ketika ini,” katanya.

Lihat Komen