malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Harun Yahya dipenjara 1,000 tahun atas kesalahan jenayah seksual
Diterbitkan:  Jan 12, 2021 2:01 PM
Dikemaskini: Jan 13, 2021 5:25 AM
ADS

Mahkamah Turki pada 11 Januari menjatuhi hukuman penjara 1,075 tahun terhadap penceramah dan penulis terkenal dunia Harun Yahya atas kesalahan jenayah seksual.

Memetik NTV, AFP melaporkan dia disabitkan atas kesalahan serangan seksual, penderaan seksual kanak-kanak, penipuan dan cubaan pengintipan politik dan ketenteraan.

Lelaki 64 tahun yang terkenal dengan buku The Atlas of Creation yang menolak teori evolusi Charles Darwin itu ditahan sejak 2018 bersama 200 lagi suspek dalam siri tindakan keras terhadap kumpulannya oleh polis Istanbul.

Menurut Anadolu, Harun atau nama sebenarnya Adnan Oktar juga didapati bersalah membantu penceramah kelahiran Amerika Syarikat Fethullah Gulen, yang dikatakan menjadi dalang dalam cubaan kudeta yang gagal pada 2016.

Harun menafikan mempunyai kaitan dengan Gulen dan menyifatkan dakwaan dia mengetuai sebuah kultus seks sebagai “urban myth”(dakwaan tidak benar yang diulang-ulang).

Semasa perbicaraan, seorang wanita dikenali sebagai CC memberitahu mahkamah bahawa Oktar melakukan penderaaan seksual padanya dan wanita lain.

Dakwanya, beberapa wanita dirogol dan dipaksa mengambil pil perancang keluarga.

Lihat Komen