malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Petugas, pesakit di Hospital Serdang pula dijangkiti Covid-19
ADS

Puluhan kakitangan dan pesakit di Hospital Serdang dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 bulan ini. Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan wabak berkenaan merebak ke hospital awam yang lain.

Beberapa sumber hospital memberitahu Malaysiakini, bahawa antara yang dijangkiti itu, termasuk beberapa jururawat dan pakar perubatan, di beberapa jabatan dan wad. Ia pertama kali dikesan pada awal bulan ini.

Difahamkan, jangkitan tersebut adalah sebahagian dari kluster Lestari yang diumumkan pada 13 Disember dan dikesan di daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang.

Kumpulan itu, dikaitkan dengan rumah jagaan orang-orang tua dan mempunyai 42 kes sehingga kini.

Hospital Serdang terletak di mukim Dengkil di Sepang.

Antara jabatan yang terlibat termasuk jabatan kardiologi dan kardiotorasik, kata pelbagai sumber kepada Malaysiakini.

Ini berlaku setelah Jabatan Kesihatan Selangor semalam mengesahkan 50 kakitangan dan sejumlah pesakit yang tidak didedahkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang diuji positif untuk Covid-19.

Malaysiakini difahamkan bahawa sekurang-kurangnya 50 pesakit yang dimasukkan ke hospital bukan kerana Covid-19 di HTAR juga telah diuji positif dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemerhatian.

HTAR, yang mempunyai 1,094 katil dan Hospital Serdang dengan 763 katil tidak merawat pesakit Covid-19.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen