malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Bukan nak bina tugu peringatan Highland Towers - Zuraida
Diterbitkan:  Dec 12, 2020 8:00 AM
Dikemaskini: 12:04 AM
ADS

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menjelaskan bahawa kementeriannya tidak berhasrat membina tugu peringatan di lokasi runtuhan kondominium Highland Towers.

Sebaliknya, katanya, kementerian itu bercadang mengindahkan semula kawasan itu selain menjadikannya tapak bersejarah bagi memperingati tragedi yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Dis 1993.

"Kawasan di Highland Tower perlu diberi nafas baru kerana sebelum ini mengundang rasa kurang senang penduduk setempat kerana masalah sosial yang berlaku di kawasan itu.

"Justeru perobohan bangunan terbiar selama 27 tahun ini akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah serta dalam masa sama dapat menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan Highland Tower," katanya dalam kenyataan media.

Kelmarin, Bernama memetik Zuraida sebagai berkata kementeriannya merancang untuk membina tugu peringatan di tapak kondominium yang terbiar sejak 27 tahun lalu.

"Bila saya sebut taman (seperti dilaporkan sebelum ini), mungkin orang salah faham ia bakal jadi kawasan lapang dengan kemudahan seperti taman permainan.

"Ia bukan pusat rekreasi sebaliknya apa yang kita ingin bangunkan ialah tugu peringatan dikelilingi taman kecil dan laluan pejalan kaki," katanya kepada Bernama sebelum menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan topik perbincangan 'Belanjawan 2021: Inklusif dan Peka Rakyat' malam kelmarin.

Katanya, pelan pembangunan itu masih diperincikan dan KPKT sedang menunggu kelulusan peruntukan sebanyak RM8.9 juta untuk pembayaran bagi proses pengambilalihan tanah daripada krajaan negeri Selangor yang dijangka selesai hujung tahun ini.

Lihat Komen