malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
1,309 kes baru: Hampir 500 di Kuala Lumpur
Diterbitkan:  Nov 29, 2020 6:16 PM
Dikemaskini: 4:24 PM
ADS

Terdapat 1,309 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini, dengan lebih seribu jangkitan direkod di luar Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baru tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 64,485 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,481 kes.

“Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara,” katanya.

Negeri Di Bawah Bayu yang pernah menjadi pusat penularan gelombang ketiga Covid-19 merekod penurunan, dengan 291 kes hari ini.

Malaysia Timur merekodkan sejumlah 325 kes baru manakala Semenanjung Malaysia menyaksikan 984 jangkitan baru.

Kebanyakan kes di Semenanjung direkod di Kuala Lumpur (493) dan Selangor (238).

Sementara itu, tiga kematian dicatatkan manakala 116 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian hari ini melibatkan seorang lelaki tempatan di Perak dan Negeri Sembilan dan seorang wanita bukan warganegara di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 357 kes.

Kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan berusia 64 tahun yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit hati kronik.

Kes kematian kedua pula melibatkan seorang lagi lelaki tempatan berumur 89 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kanser perut telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Kes kematian ketiga melibatkan seorang wanita bukan warganegara berusia 53 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis. 

Status terkini Covid-19 setakat 29 November 2020:

Jumlah sembuh baru: 1333 kes

Jumlah kumulatif discaj: 52647 kes (81.6%)

Jumlah kes baru: 1309 kes

Jumlah kumulatif: 64485 kes

Jumlah kes aktif: 11481 kes

Kes tempatan: 1308 kes

Kes import: 1 kes

Jumlah kematian: 3 kes (2 WN, 1 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 357 kes (0.55%)

Jumlah kes di ICU: 116 kes

Pesakit intubated: 42 kes

Perincian 1,309 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia pada 29 November 2020 adalah seperti berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 493 kes

473 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia;

Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

13 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 291 kes

90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Batu Lima;

130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

71 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 238 kes

113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Yayasan;

49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 77 kes

71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 52 kes

50 kesdaripada kluster sedia ada;

Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 46 kes

29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan

11 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 37 kes

21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;

Satu (1) kes import dari luar negara; dan

Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes

Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan

28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 32 kes

31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan

Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Kelantan: Enam (6) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Hilir.

Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen