malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah arah anak Najib bayar cukai RM13.1 juta
Diterbitkan:  Nov 19, 2020 12:30 PM
Dikemaskini: Nov 20, 2020 4:40 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan anak Najib Razak, Mohamad Nizar membayar cukai tertunggak sebanyak RM13.1 juta sepanjang tempoh tujuh tahun bermula 2011.

Dalam penghakiman berrtulis 14 halaman bertarikh 25 September, Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah memutuskan bahawa mana-mana individu yang ‘berhutang’ dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu membayar jumlah tunggakan tersebut sebelum mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Portal berita The Edge Markets melaporkan dalam keputusannya, Julie Lack berkata, tidak ada isu-isu yang boleh dibicarakan dalam saman berkenaan dan ia juga antara lain, tidak terikat dengan tempoh masa (not time-barred) yang ditetapkan.

Penghakiman itu adalah berhubung permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus ke atas Nizar. Mengikut undang-undang, pihak dalam saman tersebut boleh memohon untuk penghakiman terus.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan.

Dalam membuat keputusan itu, Julie Lack berkata, dia berpandukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penghakiman terus kepada LHDN yang mengemukakan tuntutan saman cukai bernilai RM1.69 bilion ke atas Najib.

"Mahkamah ini mendapati bahawa hujah yang sama digunakan dalam kes kerajaan Malaysia vs Datuk Seri Najib Razak.

"Justeru, saya dengan rendah hati akan menggunakan alasan oleh Hakim Ahmad yang menjelaskan alasan mengapa peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA) tidak melanggar kuasa mahkamah," katanya sambil memetik sebahagian daripada keputusan bertulis hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Bache.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen