malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
649 lagi positif, tiada kematian baru buat pertama kali sejak 7 Okt
Diterbitkan:  Oct 29, 2020 6:28 PM
Dikemaskini: 12:11 PM
ADS

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 649 kes Covid-19 baru.

Tidak ada kematian baru yang dilaporkan, yang merupakan pertama kali sejak 7 Oktober lalu.

Kes pulih kini melebihi kes baru untuk pertama kalinya sejak hampir sebulan.

Dengan perkembangan terbaru ini, kes aktif adalah sebanyak 10,087, yang merupakan penurunan pertama selepas kenaikan 23 hari berturut-turut.

Pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini adalah sebanyak 89, iaitu pertambahan 17 pesakit berbanding semalam.

Sebanyak 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 685 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan dengan jumlah pesakit yang sembuh dari wabak itu setakat ini 19,757 kes.

Sebanyak 458 kes yang pulih hari ini adalah di Sabah, diikuti oleh Selangor (94 kes) dan Kedah (68 kes).

Angka kematian tidak berubah pada 246, di mana Sabah menyumbang 46.3 peratus.

Dari 649 jangkitan baru, tujuh adalah kes import - lima dari Indonesia, satu dari India, dan satu dari Filipina.

Sabah masih menyumbang sebahagian besar jangkitan tempatan dengan yang terbaru 352 kes (54.2 peratus), sementara negeri dan wilayah Lembah Klang menyumbang 159 kes (24.5 peratus).

Kes melibatkan kluster penjara hanya berjumlah 36 kes hari ini - 34 dari Kluster Tembok di Alor Setar, dan dua dari Kluster Penjara Reman di Pulau Pinang.

Pecahan kes baru adalah seperti berikut:

Sabah (352 kes baru):
- 44 dari kluster sedia ada
- 7 dari kluster Sakti (kluster baru)
- 4 dari kluster Tuguson (kluster baru)
- 170 dari kontak rapat
- 127 dari pemeriksaan lain

Selangor (132 kes baru):
- 64 dari kluster sedia ada
- 2 dari kluster Taman Laut (kluster baru)
- 4 dari kluster Bah Medan (kluster baru)
- 41 dari kontak rapat
- 21 dari pemeriksaan lain

Negeri Sembilan (43 kes baru):
- 20 dari kluster sedia ada
- 16 dari kluster Taman Bunga (kluster Baru)
- 5 dari kontak rapat
- 2 dari pemeriksaan lain

Kedah - 37 kes baru dari kluster sedia ada.

Kuala Lumpur (21 kes)
- 12 dari kluster sedia ada.
- 8 dari kontak rapat
- 1 dari pemeriksaan lain

Labuan (17 kes):
- 15 dari kluster sedia ada
- 2 dari kontak rapat

Johor (10 kes)
- 9 dari kluster sedia ada.
- 1 dari pemeriksaan lain

Sarawak (8 kes)
- 7 dari kluster sedia ada.
- 1 dari pemeriksaan lain

Perak (5 kes):
- 4 dari kluster sedia ada.
- 1 dari pemeriksaan lain

Pahang - 1 kes dari pemeriksaan lain

Melaka - 1 kes dari kluster sedia ada.

Terengganu - 1 kes dari kluster kluster sedia ada.

Putrajaya - 1 kes dari pengesanan kontak rapat

 

Lihat Komen