malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 MP kemuka usul percaya terhadap PM, 25 lagi menentang
Diterbitkan:  Oct 29, 2020 9:00 AM
Dikemaskini: 2:43 AM
ADS

Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh dua anggota parlimen kerajaan

Sementara itu, 25 anggota parlimen pembangkang mengemukakan usul menentang perdana menteri berdasarkan draf Aturan Urusan mesyuarat pada sidang parlimen 2 Nov ini.

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan perkara itu tertakluk kepada perubahan.

"Parlimen akan menghantar salinan semua pertanyaan dan usul yang kami hantar (kepada Ahli Parlimen).

"Tetapi urusan mesyuarat itu tertakluk kepada perubahan selanjutnya. Ini hanya sebagai panduan," katanya kepada Malaysiakini.

Dua usul percaya yang menyokong Muhyiddin adalah dari Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh).

Sementara itu, usul tidak percaya dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad (Bebas- Langkawi) dan empat ahli parlimen dari partinya, tujuh anggota parlimen dari Warisan, Amanah (11), PKR (1) dan DAP (1).

Khalid Samad (Amanah- Shah Alam) dan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) masing-masing mengemukakan dua usul tidak percaya.

Usul tidak percaya yang pertama menurut Aturan Mesyuarat adalah dari sekutu Mahathir iaitu Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) di kedudukan nombor 18, diikuti oleh usul percaya oleh Zawawi.

Pada masa ini tidak mungkin Dewan Rakyat membahaskan usul ini.

Di bawah Peraturan Mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan terlebih dahulu - yang bermaksud rang undang-undang untuk undang-undang baru dan pindaan dari kerajaan didahulukan.

Dalam draf ketika ini, Dewan Rakyat ditetapkan membahaskan terlebih dahulu pindaan terhadap Akta Koperasi, diikuti rang undang-undang untuk membentuk Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan pindaan terhadap Akta Racun.

Rang undang-undang untuk membahaskan dan meluluskan Belanjawan 2021 dijangka akan ditambah kemudian dan kerajaan juga boleh menambah atau menarik balik rang undang-undang lain.

Perbahasan Belanjawan dijadualkan berlangsung dari 9 Nov hingga 10 Dis.

Dilaporkan ada rancangan untuk menolak rang undang-undang perbekalan sebagai alternatif kepada usul tidak percaya.

Pengkritik Muhyiddin mendakwa inilah sebabnya dia meminta pengisytiharan darurat.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menolak permintaan untuk melaksanakan darurat, sebaliknya menasihati anggota parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 dan memastikan ia diluluskan tanpa halangan.

Lihat Komen