malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KM Sabah pulih dari Covid-19
Diterbitkan:  Oct 18, 2020 11:32 AM
Dikemaskini: 3:32 AM
ADS

Ketua Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor dibenarkan keluar dari wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi selepas disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19.

Turut dibenarkan pulang ialah isterinya Julia Salag.

Hajiji turut menjelaskan kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak di negeri Sabah.

"Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan", katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Pada 9 Okt lalu, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh memaklumkan bahawa Hajiji disahkan positif wabak tersebut.

Bagaimanapun keadaan ketua menteri itu dilaporkan stabil.

Sementara itu, Hajiji menzahirkan rasa terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

Tidak ketinggalan buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam membendung penularan wabak Covid-19, kata Hajiji.

Lihat Komen