BERITA

Rekod tertinggi kes baru 869, Sabah catat 38 kematian dalam 10 hari

17 Okt 2020, 10:32 pagi

Dikemaskini 13 hari lepas

A
+
A
-

Malaysia mencatatkan 869 kes baru yang kesemuanya merupakan penularan tempatan.

Angka ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia sejak wabak itu melanda negara.

Daripada jumlah itu 745 kes melibatkan warganegara malaysia.

Sabah terus menyumbang kes harian tertinggi dengan terbaru 451 kes, iaitu 51.9 peratus daripada keseluruhan kes baru dalam tempoh 24 jam di seluruh negara.

Empat kematian yang direkodkan hari ini juga adalah dari Sabah. Ini merupakan hari kesepuluh berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri itu, dengan jumlah keseluruhan dalam tempoh itu adalah 38.

Empat kematian baru adalah seperti berikut:

  • Pesakit 11,860, lelaki warga Malaysia, berumur 78 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
  • Pesakit 14,976, lelaki warga Malaysia, berumur 88 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
  • Pesakit 16,652, wanita warga Malaysia, berumur 71 tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.
  • Pesakit 19,209, lelaki warga asing, berumur 53 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Sementara itu, Selangor mencatat 159 kes baru, Kuala Lumpur 15 kes dan Putrajaya dua kes.  Ketiga-tiga kawasan ini kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ini menjadikan jumlah kes aktif ketika ini 6,886 kes.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di rumahnya yang disiarkan secara langsung hari ini turut memaklumkan bahawa lima kluster baru dikesan.

Empat kematian baru adalah seperti berikut:

Pesakit 11,860, lelaki warga Malaysia, berumur 78 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.

Pesakit 14,976, lelaki warga Malaysia, berumur 88 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.

Pesakit 16,652, wanita warga Malaysia, berumur 71 tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Pesakit 19,209, lelaki warga asing, berumur 53 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

Selangor mempunyai 159 kes, Kuala Lumpur (15), dan Putrajaya (dua).

Kluster Utama, yang dikaitkan dengan pusat beli-belah 1 Utama, mencatatkan 42 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 177.

Pulau Pinang juga mencatat lonjakan, dengan 189 kes. Daripada jumlah itu, 186 berkaitan dengan Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.

Perincian sumber kes baru adalah seperti berikut:

Sabah (451 kes baru)

  • Dari kontak rapat: 234
  • Dari saringan lain: 161
  • Dari kluster sedia ada: 54
  • Kluster Teduh (kluster baru): 2

Pulau Pinang (189 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 186
  • Dari kontak rapat - 3

Selangor (159 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 89
  • Kluster Keladi (baru): 23
  • Kluster Menara (baru): 8

Dari saringan kontak rapat: 23

  • Dari saringan lain: 14
  • Pulang dari Sabah: 2

Kedah (38 kes baru)

  • Kluster sedia ada: 38

Kuala Lumpur (15 kes baru)

  • Dari kontak rapat: 7
  • Dari Kluster Sentral (kluster baru): 4
  • Dari Kluster Menara (baru): 3
  • Dari saringan lain: 1

Sarawak (4 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 4

Perak (4 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 2
  • Dari Kluster Menara (kluster baru):1
  • Pemeriksaan depot imigresen: 1

Terengganu (3 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 3

Johor (2 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 1
  • Dari kontak rapat: 1

Putrajaya (2 kes baru)

  • Dari kluster sedia ada: 1
  • Dari Kluster Menara (baru): 1

Negeri Sembilan (1 kes baru)

  • Dari kontak rapat: 1

Melaka (1 kes baru)

  • Dari kontak rapat: 1


Terdapat 5 kluster baru yang diumumkan hari ini.

Kluster Teduh di Lahad Datu mempunyai 11 kes positif secara keseluruhan.

Kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna. Seramai 524 masih menunggu ujian saringan.

Kluster Menara mempunyai 33 kes secara keseluruhan merangkumi Selangor (Gombak, Petaling Klang, Sepang, Hulu Langat), Kuala Lumpur (Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras), Putrajaya, dan Perak (Larut, Matang, Selama).

Seramai 114 masih menunggu hasil ujian bagi Kluster Menara.

Kluster Keladi di Klang, Selangor mempunyai 26 kes. Seramai 7 masih menunggu keputusan, sementara 74 kontak rapat negatif.

Kluster Sentral telah dikenal pasti di Kepong, Cheras, dan Titiwangsa di Kuala Lumpur dan mempunyai 5 kes keseluruhan.

Kes indeks adalah lelaki yang meninggal dunia di Selangor semalam. 122 kontak rapat telah diuji negatif, dan 8 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Bemban mencatat kes baru di Dungun, Terengganu, dan Kota Kinabalu Sabah dengan 12 kes setakat ini. Kes indeks adalah seorang individu pulang dari Sabah.

Seramai 210 kontak rapat telah diuji negatif.

Sehingga kini, terdapat 91 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan empat kematian terbaru, jumlah keseluruhan korban setakat ini ialah 180.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen