BERITA

93 kontak rapat kes Covid-19 Kelantan dikesan

N Faizal Ghazali

5 10月 2020, 9:15 上午

Dikemaskini sebulan lepas

A
+
A
-

Seramai 93 individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu kes positif Covid-19 dikesan di negeri Kelantan, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Zaini Hussin.

Menurutnya, ia melibatkan kontak rapat dengan sembilan individu yang didapati positif sehingga semalam.

"Daripada jumlah itu kesemua mereka disaring dan 89 orang didapati negetif melalui saringan pertama dan kedua," katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Dr Zaini berkata, selama 57 hari negeri Kelantan bebas daripada penularan wabak tersebut namun dikesan semula pada 23 Sept lepas.

"Kelantan sudah bebas Covid-19 selama 57 hari sebelum kes terbaru dicatatkan pada 23 September dan sehingga semalam terdapat sembilan kes.

"Sebanyak empat kes yang dicatatkan mempunyai perjalanan di Sabah manakala yang lain adalah kontak rapat mereka.

"Bagaimanapun, kita sudah mengambil pendekatan awal dengan mengesan kontak rapat. Malah sehingga kini lebih 1,000 sampel diambil termasuk mereka yang pulang dari Zon Merah," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, kesemua mereka yang positif termasuk bayi berada dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang gejala.

"Justeru, memandangkan kes sekarang menunjukkan angka yang tinggi, saya meminta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Perkara ini yang akan kita tekankan dan berharap masyarakat mengambil perhatian serius bagi mengekang penularan Covid-19," jelasnya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen