malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘GPS masih bersama Muhyiddin, bukan Anwar’
ADS

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap teguh menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Alexander Nanta Linggi.

Nanta Linggi memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah bercakap dengan GPS dan Presiden PBB Abang Johari Openg, yang mengesahkan masih bersama Muhyiddin.

“Kami tak faham kenapa (Anwar) yang tidak berhubung dengan siapa pun dari kami, (dakwa) kami adalah sebahagian dari scheme yang dibawanya.

“Kami tidak bersama (Anwar) dan kami tidak akan menyokongnya. Kami kekal teguh belakang Muhyiddin di Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Sebentar tadi, Anwar mengadakan sidang media tergempar di Kuala Lumpur bagi mengumumkan dia meraih sokongan kukuh anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Lihat Komen