malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ULASAN | ‘Kerana mulut Muhyiddin, mungkin binasa undi PN, BN di Sabah’
ADS

ULASAN | Esok saya pulang ke Kuala Lumpur. Meninggalkan Kota Kinabalu. Selama 8 hari selepas saya dapat meninjau gerak pilihan raya Negeri di Sabah.

Pilihan raya Sabah kini kembali ke asal di tahun 1976. Kerajaan Persekutuan hendak menjatuhkan kerajaan negeri.

Berbeza dahulu parti Usno yang mahu ditumbangkan dan parti Berjaya sama-sama dalam Barisan Nasional. Jika siapa kalah pun tidak menjejaskan kerajaan Persekutuan. Hanya bertukar ketua menteri.

Salah satu senjata berat yang dibawa oleh Kuala Lumpur untuk menyerang Tun Mustapha Harun adalah pemimpin abang adik dalam Usno sendiri, termasuk Tun Fuad Stephen yang berhenti letak jawatan Yang di-Pertua Negeri atau kalangan Rakyat Sabah memanggil Yang di-Pertua Negeri dengan sebutan 'Negara'.

Bekas Yang di-Pertua Sabah dan bekas KM Tun Mustapha Harun.

Dan beberapa menteri yang berpengaruh seperti Haris Salleh dengan menubuhkan Parti Berjaya.

Tahun pilihan raya umum negeri 1981, Usno cuba menumbangkan Berjaya tetapi tewas. Sebab tewas, kerana ada perubahan di lakukan oleh kerajaan Berjaya dalam soal pembangunan di Sabah.

Parti Berjaya adalah satu-satu parti yang menurunkan calon-calon berkelulusan tinggi dan cerdik pandai. Beberapa nama yang boleh di sebut seperti James Ongkili. Berbeza dengan Usno masih calon yang lama dan kurang latar belakang pendidikan tetapi mereka orang yang dikenali.

Kenapa Berjaya kalah teruk di tahun pilihan raya negeri 1985? termasuk ketua menterinya Harris Salleh di DUN Tenom dengan seorang pemandu Jabatan Penerangan?

Najib tak belajar dari sejarah

Sebab pembangunan memang dilakukan oleh Berjaya dan Haris Salleh, itu tidak boleh dinafikan. Tetapi bagaimana hubungan dia dengan rakyat?

Dia menjadikan rakyat sebagai musuhnya. Dan kesilapan dia ialah memecat seorang anak muda pemimpin berpendidikan kelulusan undang-undang bernama Pairin Kitingan yang juga salah seorang menterinya.

Maka di sini Najib Razak tidak belajar dari sejarah. Dengan memecat seorang naib presiden (Mohd Shafie Apdal) dan timbalan presiden parti Umno (Muhyiddin Yassin). Kerajaannya tersungkur.

Kini Muhyiddin Yassin melakukan perkara yang sama. Dia tidak berapa tahu akan geografi politik Sabah termasuk saikologi politik dan sosio ekonomi politik Sabah.

Bila Muhyiddin Yassin bercakap dua isu di dua tempat berbeza, nampak sangat dia menghadapi masalah 'terlupa'. Dalam satu perjumpaan di meminta biarlah kerajaan negeri itu ada hubungan 'intim'. Maksudnya macam laki bini. Intim di katil dan mesra di luar.

Tetapi di tempat lain, dia berkata pula 'kerajaan persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan di Sabah' jika kerajaan negeri tidak selaras dengan kerajaan persekutuan.

Maka dengan kenyataan itu, 40 peratus pengundi atas pagar membuat keputusan tidak akan mengundi PN dan 20 peratus pengundi yang hendak menyokong PN dan juga BN berpaling tadah.

Maka di mana hujah PN akan menang? Masalah kerana mulutnya Muhyuddin Yasin pengundi Sabah bukan sahaja tidak akan mengundi Perikatan Nasional tetapi juga membawa tidak mengundi Barisan Nasional atau Umno. Maka calon-calon Barisan Nasional menjadi mangsa yang bukan kesilapannya.

Jangkaan saya parti Warisan 37 kerusi. PKR empat kerusi. DAP empat kerusi dan Amanah satu kerusi. Jumlah paling rendah 45 kerusi akan dimenangi oleh Warisan dan sekutunya. Selebih itu bagi-bagikan antara BN, PN, PBS, LDP.

Nota: Barisan Nasional mempunya identiti yang berbeza dengan Pakatan Nasional. Umno dan MCA, MIC tidak menyertai Pakatan Nasional.


ZAHARIN MOHD YASIN ialah blogger Umno, Sang Kelembai dan bekas setiausaha bahagian Umno Bandar Tun Razak.

Artikel ini asalnya hantaran penulis di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysisakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen