BERITA

Covid-19: 23 kes baru, 13 jangkitan tempatan, semua di Sabah

15 9月 2020, 9:42 上午

Dikemaskini sebulan lepas

A
+
A
-

Sebanyak 23 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 10 adalah kes import manakala 13 lagi kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes import itu, ia membabitkan lima warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara.

Ia adalah dari negara:

  • Filipina - Empat kes, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor;
  • Hungary - Satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
  • Turki - Satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
  • Qatar - Satu kes di Selangor;
  • Bangladesh - Satu kes di Selangor;
  • Nigeria - Satu kes di Selangor dan;
  • Maghribi - Satu kes di Selangor

“Daripada 13 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah warganegara Malaysia dan tiga kes adalah bukan warganegara.

“Semua penularan di dalam negara adalah di negeri Sabah,” kata Dr Noor Hisham.

Butirannya seperti berikut:

  • Lapan kes daripada Kluster Pulau
  • Empat daripada Kluster Benteng LD
  • Satu kes saringan rujukan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau

Katanya, dengan pertambahan kes bau itu ia menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,969 kes.

Jumlah kes aktif pula meningkat kepada 632 kes.

"Ketika ini, seramai 14 individu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya masih memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang medianya di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak enam kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini sebanyak 9,209 kes bersamaan 92.38 peratus.

“Tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal 128 kes atau 1.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.


 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen