malaysiakini logo
story-image
ADS

Kerajaan Perikatan Nasional di Johor tidak bertindak menyingkirkan speaker DUN yang dilantik Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat.

Ini di tengah-tengah spekulasi ketidakpastian sama ada PN mempunyai majoriti atau tidak.

Johor merupakan satu-satunya negeri yang diambil alih PN yang belum meletakkan speaker DUN daripada gabungan itu.

Dewan Undangan Negeri Johor, yang bersidang hari ini untuk kedua kalinya sejak PN berkuasa, bermula dengan pertanyaan lisan yang dipengerusikan speaker, Suhaizan.

Usul untuk menyingkirkan speaker DUN memerlukan notis 14 hari dan ia tidak terdapat dalam kertas aturan mesyuarat.

Setakat ini, masih belum ada tanda-tanda PN akan menggerakkan usul mengejut untuk menyingkirkan Suhaizan (gambar, bawah) yang mewakili Amanah, seperti yang dilakukan di Perak dan Melaka.

Persidangan DUN Johor sebelumnya pada bulan Mei berlangsung singkat, berakhir tepat selepas titah diraja daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dipercayai PN tidak mengemukakan usul menentang Suhaizan disebabkan kaitan keraguan terhadap kesetiaan Osman Sapian (Bersatu-Kempas).

Osman telah dilihat pada beberapa majlis Pejuang dan kini disiasat oleh jawatankuasa tatatertib Bersatu.

Jika bekas menteri besar itu menukar sokongannya, maka ia akan mengakibatkan Dewan Undangan Negeri Johor tergantung.

Ini memandangkan PN Johor, termasuk Osman, hanya menguasai 29 kerusi, sementara PH pula mempunyai 27 kerusi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga Adun Gambir tiba di Dewan Undangan Negeri Johor sekitar jam 10.50 pagi tadi dan duduk bersebelahan Osman.

Semua usul DUN Johor yang memerlukan pengundian ahli dewan undangan negeri juga telah ditunda ke Ahad ini.

Para Adun PH tidak menjangkakan sebarang kejutan pada sidang DUN selama dua hari ini.

"Saya tak fikir ada sebarang langkah politik yang akan diambil di Johor pada sidang DUN kali ini," kata Sheikh Omar Ali (PH-Paloh) ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah memberi amaran akan membubarkan DUN sekiranya berlaku satu lagi perebutan kuasa di Johor.

[Baca berita asal]

Lihat Komen