malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hadi serah laporan pada PM
Diterbitkan:  Aug 26, 2020 4:59 PM
Dikemaskini: 10:59 AM
ADS

Abdul Hadi Awang menyerahkan laporan eksekutif berkaitan keadaan semasa di Timur Tengah dan potensi kerjasama Malaysia kepada Muhyiddin Yassin pada 18 Ogos lalu.

Tanpa menghuraikan lanjut, Hadi berkata laporan itu menerangkan situasi politik dan ekonomi serta kesan terhadap kepentingan Malaysia.

Ia juga, kata duta khas perdana menteri Ke Timur Tengah, menggariskan peluang kerjasama dalam bidang agama, pelaburan, perdagangan dan pendidikan.

Menulis di Facebook, dia yang juga presiden PAS berkata turut berkongsi hasil pertemuan dengan duta Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, dan Afganistan,

“Laporan tersebut turut mengandungi beberapa syor dan agenda bertindak, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pasca-Covid-19 yang perlu disegerakan, seterusnya memanfaatkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan Malaysia, umat Islam dan dunia keseluruhannya,” katanya.

Kerajaan pada 2 April lalu melantik Hadi sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Pejabat Perdana menteri berkata lantikan itu dibuat kerana dia pernah menjadi bekas naib presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia.

Hadi tidak diberikan sebarang portfolio selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

Pada 10 Mac lalu, Hadi berkata beliau tidak dilantik menyertai kabinet agar dapat memantau menteri-menteri PAS dalam kerajaan.

Lihat Komen