malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Parti baru mungkin tak bentuk k'jaan tapi boleh jadi penentu
ADS

Selepas mengumumkan pembentukan parti Melayu dan peribumi baru, Dr Mahathir Mohamad memberitahu penyokongnya bahawa wadah baru politik itu tidak perlu menjadi besar selagi mempunyai anggota yang komited.

Katanya, parti itu mungkin tidak akan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya ia boleh menjadi penentu dalam menentukan blok mana yang akan menang pilihan raya akan datang.

"Bila kita bertanding, tak mungkin kita dapat cukup untuk menubuh kerajaan, tapi kita boleh menjadi satu kumpulan yang boleh menentukan siapa akan menang.

"Kalau parti kita ini kemas, kita boleh arah untuk siapa yang kita akan pilih , saya yakin kita akan main peranan penting, kerana kita akan menentukan siapa yang menang," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 penyokongnya di Hotel Pullman di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen