malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Orang fikiran lapuk, jumud' tak boleh bersama PH - Anwar
Diterbitkan:  Jul 4, 2020 10:56 PM
Dikemaskini: Jul 5, 2020 8:50 AM
ADS

Tanpa menyebut nama, Pengerusi PH Anwar Ibrahim malam ini berkata sekiranya "ada orang yang berfikiran lapuk, jumud, fikiran lama, kepompong lama, orang itu tidak boleh bersama-sama dalam gerakan kita dalam Pakatan Harapan."

"Dan kalau kita terus bersekongkol kerana hanya hendak berpaut kepada kuasa, kita nampaknya telah meninggalkan prinsip dan landasan ini semata-mata kerana kita rasa tidak ada pilihan.

"Kita tidak akan hidup tanpa kuasa. Kita sudah hidup berjuang tanpa kuasa.

"Kita harus ada keyakinan untuk pastikan program ekonomi yang lebih inklusif," katanya pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan.

Beliau sebelumnya menjelaskan mengenai dasar ekonomi PH dalam membasmi kemiskinan yang tidak berdasarkan kaum.

Yang miskin itu manusia

"Saya jelaskan bahawa kaum yang paling ramai miskin dan tersisih adalah Melayu, kalau golongan Bawah 40, 70 peratus adalah Melayu dan bumiputera. Tetapi apa salahnya kita gunakan pendekatan yang miskin itu miskin, yang miskin itu semua manusia.

"Kalau ada program membasmi kemiskinan, mengurangan kesenjangan manfaatnya tentunya kepada golongan majoriti Melayu bumiputera tetapi tidak sedikitpun menunjuk sikap kita yang diskriminatif hina kaum dan agama

"Kerana ini bertentangan dengan hati nurani kita sebagai manusia dan saya sebagai seorang Islam tidak mengizinkan untuk menindas mana-mana kelompok," katanya lagi.

Anwar berkata PH perlu menjurus dasar ekonominya yang menjamin paras gaji minimum serta memikirkan pampasan kepada pekerja yang dibuang kerja.

Beliau juga bercakap mengenai jurang digital dalam perkembangan ekonomi yang semakin canggih dengan kemajuan teknologi.

"Mempastikan bahawa keupayaan, penguasaan penetration Internet itu menjalar ke seluruh daerah dan kawasan.

"Kalau tidak kita bercakap soal teknologi digital tetapi penetrasi internet itu sangat terbatas," jelasnya.

 

Lihat Komen