malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saifuddin tolak pelawaan sertai Muafakat Nasional
ADS

Saifuddin Abdullah menolak pelawaan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Muafakat Nasional - kerjasama PAS dan Umno - namun menyifatkan pelawaan itu menunjukkan kelapangan hati kerjasama dua parti berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata beliau secara peribadi terikat menerusi persefahaman dengan Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin.

"Saya hanya boleh kata terima kasih kepada beliau tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen," katanya ketika ditanya pemberita mengenai pelawaan yang dibuat Ahmad Zahid hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Muafakat Nasional terbuka menerima Bersatu atau mana-mana ahli Parlimen Bebas termasuk Saifuddin.

Saifuddin ditemui pemberita selepas membentangkan Kad Laporan 100 Hari beliau menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Putrajaya hari ini.

Saifuddin bertindak keluar PKR pada 24 Feb lepas, menyusuli pemecatan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada parti itu.

-Bernama

Lihat Komen