malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Masalah nyata ialah kegagalan menteri kanan ekonomi - Umno
Diterbitkan:  May 4, 2020 10:50 AM
Dikemaskini: 2:52 AM
ADS

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai tidak kemas dan tidak menyeluruh.

Ini susulan langkah melonggarkan kawalan pergerakan itu tidak diikuti beberapa lagi negeri, walaupun diumumkan kerajaan pusat.

“Adalah sangat penting untuk keputusan sepenting ini di bawa ke perbincangan dengan semua kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua.

“Namun ia jelas tidak dilaksanakan.

“Kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Walaupun tidak menyebut nama, Khaled dilihat secara khusus menuding jari kepada Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Mohamed Azmin Ali.

“Satu masalah nyata ialah kegagalan menteri kanan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi berbincang, berunding dan mendapatkan konsensus dari semua kerajaan negeri sebelum keputusan tersebut diumumkan,” katanya.

Mohamed Azmin Ali

Beliau juga berkata hubungan kerajaan pusat dengan negeri-negeri dalam persekutuan telah menampakkan the new normal.

“Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada kerajaan pusat telah berakhir,” katanya.

Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen