BERITA

Covid-19: 122 kes baru, 87 sembuh, 2 lagi terkorban

3 Mei 2020, 9:08 pagi

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 122 kes Covid-19 baru di Malaysia setakat tengah hari ini, menandakan hari kedua berturut-turut kes baru melebihi melebihi 100.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 70 kes adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 6,298, dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak sebanyak 1,780 kes.

Sejumlah 27 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang empat daripada semalam. Daripada jumlah itu, 13 orang memerlukan bantuan pernafasan, kurang seorang berbanding semalam.

Jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalah 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Manakala dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 105 orang.

Dua pesakit yang meninggal dunia itu ialah:

Pesakit 5,539 (kematian ke-104)

Lelaki warga Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.29 petang, semalam.

Pesakit 5,837 (kematian ke-15)

Lelaki warga Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada 27 April dan disahkan meninggal dunia pukul 9.46 pagi, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata daripada 70 kes penularan tempatan hari ini, 24 dikenal pasti di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan, iaitu Selangor Mansion (3), sekitar pasar borong Kuala Lumpur (17) dan Selayang Baru (4).

Selain itu terdapat kenaikan dalam kes kluster. Terdapat 50 kes baru yang berkaitan dengan kluster pesantren Indonesia, Sendayan (7), pasar Chow Kit (16), perhimpunan gereja Sarawak (1), dan petugas kesihatan Kuching (1).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

MY

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen