malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
KWSP jual sebahagian besar saham dalam Media Prima
Diterbitkan:  Apr 29, 2020 1:36 PM
Dikemaskini: 5:36 AM
ADS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan sebahagian besar kepentingannya dalam Media Prima Bhd sejak tiga minggu terakhir.

Menurut laman web Bursa Malaysia, Media Prima menyiarkan sepuluh notis mengenai perubahan pegangan saham, semuanya berkaitan dengan KWSP.

Semasa berita ini ditulis, kepentingan KWSP telah dikurangkan kepada 5.21 peratus daripada hampir 12 peratus pada awal bulan ini.

Harga saham Media Prima dibuka pada RM0.16 hari ini.

Menurut laporan kewangan suku tahunan terbarunya, syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM106,327,000 pada Q4 2019.

Pada tahun 2006, KWSP muncul sebagai pemegang saham terbesar Media Prima, dengan memegang hampir satu perempat daripada ekuiti syarikat tersebut.

Menurut laporan tahunan syarikat 2018, kepentingan KWSP adalah 11.94 peratus.

Tahun lalu, Media Prima dikuasai oleh ahli perniagaan jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Media Prima terbabit dengan penerbitan akhbar, bidang penyiaran, laman web dan perkhidmatan iklan luar.

Walau bagaimanapun, syarikat ini telah membuat kerugian besar dalam beberapa tahun terakhir ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen