malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Covid-19: Hanya 5 mukim di Malaysia dalam zon merah
ADS

Data mukim penduduk tempatan mengenai kes aktif Covid-19 menunjukkan sejak seminggu yang lalu, kebanyakan negeri di Malaysia telah berubah menjadi zon hijau.

Dari hampir 1,200 mukim yang dipantau Kementerian Kesihatan, hanya lima mukim yang mempunyai lebih 40 kes aktif.

Sebanyak 75 peratus mukim adalah kawasan hijau, dengan sifar kes aktif.

Bagaimanapun ini tidak bermakna kawasan tersebut bebas daripada Covid-19, memandangkan ada yang tidak menepati kriteria tiada kes baru dalam masa 14 hari.

Di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Kelantan, tiada kawasan mukim yang ditandakan sebagai zon merah atau oren.

Ini bermaksud semua kawasan di negeri-negeri ini mempunyai kurang 20 kes.

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 13 daerah dikategorikan sebagai zon merah, jika mengambil kira bilangan kes aktif.

Zon merah menunjukkan mukim dengan lebih daripada 40 kes aktif, manakala jingga lebih daripada 20.

Mukim dengan satu hingga 20 kes aktif ditandakan kuning manakala mukim dengan satu hingga 19 berwarna kuning. Mukim hijau mempunyai sifar kes aktif.

Berdasarkan data kes aktif yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan negeri setakat 25 April 2020, hanya lima mukim di seluruh negara yang diletak di bawah zon merah, iaitu Ulu Benut di Johor, Labu di Negeri Sembilan, Kucing dan Kota Samarahan di Sarawak dan Hulu Langat di Selangor.

Data harian dikeluarkan secara berasingan oleh jabatan kesihatan negeri, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Data dari 13 negeri ini dikumpulkan oleh Makmal Berita Kini dan diterbitkan di halaman negeri yang baru dilancarkan di Tracker Covid-19 Malaysiakini.

Halaman negeri boleh didapati melalui menu pada tab penjejak Covid Malaysia.

Pusat jangkitan di Kuching, Kota Samarahan, Lembah Klang

Berdasarkan kes baru semalam, satu-satunya kawasan yang mencatatkan kes baru ialah di mukim Miri (satu kes baru), Kuching (lima) dan Kota Samarahan (tiga) di Sarawak ditambah dengan mukim di Kuala Lumpur.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak menerbitkan data mukim.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata daripada 39 kes baru yang dilaporkan di Kuala Lumpur setakat jam 12 tengah hari pada 25 April, satu kes import, 23 kes lain dikesan di Selangor Mansion dan di Malayan Mansions serta tiga lagi kes terletak di kawasan Masjid India yang lebih luas.

Kawasan Masjid India berada di bawah kawalan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Sebilangan besar kes yang terdapat di sana melibatkan pesakit warga asing.

Pada 24 April, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan kes baru tertinggi.

[Baca berita penuh]

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen