malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
25 setiausaha politik menteri angkat sumpah
ADS

Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya, berkata upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan.

- Bernama


Berikut senarai penuh setiausaha politik berkenaan:

1. Mohd Nardin bin Awang

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

2. Saiful Adli bin Mohd Arshad

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri

3. Azlinda binti Abdul Latiff

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri

4. Muhammad Hilman bin Idham

Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan - Perdagangan dan Industri

5. Syed Mohd Fazmi bin Sayid Mohammad

Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pertahanan

6. Hamzah bin Brahim

Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Kerja Raya

7. Fadli Hafiz bin Che Yusoff

Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pendidikan

8. Dr Mohd Zuhdi bin Marzuki

Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air

9. Khamarulazlan bin Mohamad Hanafiah

Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia

10. Armizan bin Mohd Ali

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

11. Maizatul Akmam binti Alawi@Ad. Badawi

Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi

12. Samad bin Jambri@Jamri

Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan

13. Zahari ibn Kechik

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

14. Sayed Amir Muzakkor bin Sayed Mohamad

Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri

15. Budiman bin Mohd Zuhdi

Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan

16. Ahmad bin Darus

Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan

17. Azizan bin Md Zain

Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli

18. Abd Halim bin Jalil

Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri

19. Md Jais bin Sarday

Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara

20. Shamsul Najmi bin Shamsuddin

Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan

21. Lidam Anak Assan

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

22. Syed Hamzah bin Syed Paie

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

23. Wan Rohimi bin Wan Daud

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

24. Mohd Kamal Nazmi bin Kamaruddin

Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

25. Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Lihat Komen