malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Covid-19 lepasi angka satu juta kes
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 8:48 AM
Dikemaskini: 1:01 AM
ADS

GLOBAL | Covid-19 kini telah mencecah lebih satu juta kes di seluruh dunia dengan lebih 50,000 kematian.

Angka itu dicatatkan selepas wabak itu meledak di Amerika Syarikat (AS) dan jumlah kematian meningkat di Sepanyol dan Itali, menurut data rasmi Reuters.

Ketika berita itu ditulis, jumlah kematian di Itali melebihi 13,900, diikuti oleh Sepanyol. 

AS mencatatkan angka kes disahkan paling tinggi iaitu sebanyak 240,000 dijangkiti.

Sejak direkodkan kali pertama di China hujung tahun lalu, wabak itu merebak ke seluruh dunia menyebabkan kerajaan masing-masing menutup premis perniagaan, penerbangan dibekukan dan jutaan orang diminta tidak keluar rumah bagi membendung penyebarannya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen