malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Foodpanda nafi tuduhan ada penghantar positif Covid-19
Diterbitkan:  Mar 27, 2020 9:20 AM
Dikemaskini: 2:06 AM
ADS

Foodpanda menafikan dakwaan bahawa salah seorang penghantar makanannya disyaki atau disahkan positif Covid-19.

Laporan NST memetik kenyataan media menyatakan perkhidmatan penghantaran makanan tempatan itu menafikan dakwaan yang timbul berikutan video dan mesej tular dalam talian yang dikatakan memaparkan salah seorang penunggangnya rebah di koridor sebuah blok pangsapuri.

Dalam video itu, dikatakan kakitangan perubatan kemudian mengangkat seorang individu, dengan mendakwa bahawa orang itu ialah penghantar Foodpanda dan polis kini menjejaki individu yang mungkin bersentuhan dengan penunggang itu.

"Kami ingin menjelaskan bahawa selepas memeriksa dengan armada penghantar kami, tidak ada di kalangan penunggang kami yang disyaki atau disahkan kes Covid-19," kata syarikat itu.

"Foodpanda juga ingin menambah bahawa mereka tidak mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa komuniti perniagaan dan komuniti pelanggan yang lebih luas telah dipengaruhi oleh ini.

"Foodpanda akan terus memantau dan memaklumkan perkembangan terkini mengenai Covid-19 kepada semua pihak berkepentingan untuk melaksanakan langkah-langkah selanjutnya jika perlu," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan media berasingan yang dikeluarkan baru-baru ini, Foodpanda memberi jaminan bahawa ia telah mengagihkan lebih 10,000 penutup mulut dan hidung, 3,000 set sarung tangan dan cecair pembasmi kuman kepada rakan penyampaiannya.

Foodpanda berkata mengambil tindakan berkenaan untuk memastikan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan disediakan untuk penghantarnya ketika wabak Covid-19 merebak di seluruh Asia.

Syarikat itu juga berkata lebih banyak barangan itu akan diagihkan kepada penunggang kerana stok sedang ditambah.

Menurut Foodpanda lagi, syarikat itu juga akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada mana-mana penghantar yang dijangkiti Covid-19 dan RM300 kepada mana-mana penunggang yang dikuarantin.

[Baca berita asal]

Lihat Komen