malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

ESEI FOTO | Tanggal 5 Februari 2020, Malaysia mendapat satu lagi mercu tanda ikonik iaitu Pintasan Saloma di ibu negara Kuala Lumpur.

Ia laluan pejalan kaki bertingkat terpanjang tanpa tiang di Malaysia yang menghubungkan antara Kampung Baru dan KLCC.

Seni bina moden Pintasan Saloma berilhamkan konsep 'Sirih Junjung' yang melambangkan budaya masyarakat Melayu.

Pintasan Saloma sepanjang 370 meter dengan struktur utamanya laluan pejalan kaki bertingkat yang berbumbung sepanjang 69 meter merentasi Sungai Klang dan Lebuhraya Akleh.

Bumbung besinya yang melengkung dan diliputi oleh 4100 keping panel berbentuk berlian serta dilengkapi teknologi seni tata hias cahaya bertema pada waktu malam menjadikan binaan ini cukup unik.

Latar belakang Menara Berkembar Petronas KLCC:

Lebuhraya Akleh dan Sungai Klang kelihatan di bawah laluan:

Warga kota, para pelancong tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di sini:

Pintasan Saloma, kemudahan selesa buat penjalan kaki:

Lihat Komen