malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sidang Dewan Rakyat 9 Mac akan ditangguhkan, kata sumber
ADS

Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 9 Mac akan ditangguhkan, kata satu sumber yang tahu mengenai perkara itu.

"Ia akan ditangguhkan, penangguhan itu akan membolehkan menteri kabinet dilantik.

"Terdapat juga beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

"Soalan-soalan untuk sidang Parlimen ini telah dikemukakan lebih awal jadi masa diperlukan untuk mengubah Aturan Urusan Mesyuarat dan juga soalan kini akan dijawab oleh menteri-menteri kabinet baru," kata sumber itu.

Tarikh persidangan yang lain ditetapkan bermula pada 23 Mac, tetapi dikatakan tidak dipersetujui oleh perdana menteri yang baru, Muhyiddin Yassin.

"Beliau perlu berunding dengan Yang di-Pertuan Agong dahulu kerana Agong merasmikan pada hari pertama (persidangan)," tambah sumber itu.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof bagi mengesahkan perkara ini.

Terdapat spekulasi bahawa persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 9 Mac akan ditangguhkan berikutan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri pada 1 Mac, selepas seminggu kemelut politik melanda negara.

Mohamad Ariff semalam berkata beliau akan menulis surat kepada Muhyiddin sama ada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac akan ditangguhkan atau sebaliknya.

Lihat Komen