malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anwar: Penyokong Azmin dalam PKR tak tahu 'pelan pintu belakang'
ADS

Sejumlah penyokong Azmin Ali dalam PKR telah menyuarakan rasa kesal dengan apa dan berlaku kerana tidak tahu rancangan bekas timbalan presiden parti itu, kata Anwar Ibrahim.

"Mereka tidak tahu tentang perbincangan di belakang yang dibuat beberapa (bekas) pemimpin parti. Mereka sendiri rasa dikhianati.

"Saya sudah ingatkan mereka berapa lama dulu. Ia sudah dirancang selama berbulan...Penyokong (Azmin) tak bersalah," kata presiden PKR itu kepada pemberita di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata, para penyokong Azmin itu tidak diberitahu tentang apa yang disifatkannya sebagai konspirasi untuk menumbangkan kerajaan dan menubuhkan "kerajaan pintu belakang".

"Segala pakatan jahat mereka tak diketahui jadi penyokong jadi mangsa. Mereka kata 'kami sokong tapi tak pernah dengar ada pakatan dengan Umno dan PAS'. Mereka tidak tahu, jadi tak boleh salahkan penyokong. Bila mereka datang dan jelaskan, saya harus terima baik pandangan mereka," katanya lagi.

Suasana penuh emosi kelas terlihat di ibu pejabat PKR tengah hari ini dengan sejumlah penyokong berkumpul, susulan majlis angkat sumpah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru.

Pemimpin dan anggota parlimen parti itu mengadakan mesyuarat.

Apabila beberapa individu yang dikenali sebagai penyokong Azmin mahu meninggalkan ibu pejabat, mereka diserang oleh anggota parti yang menuduh mereka sebagai pengkhianat.

Azmin mengetuai sepuluh anggota parlimen untuk meninggalkan PKR dan kemudiannya menyertai Bersatu, yang kemudiannya bersama-sama Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil untuk menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.


BacaKem Azmin keluar PKR, bentuk blok bebas parlimen


Bagaimanapun ramai wakil rakyat PKR yang dilihat menyokong Azmin ketka pemilihan parti pada 2018 masih bersama parti itu.

Ketika ditanya berapa ramai wakil rakyat yang menyokong Azmin yang hadir ke mesyuarat parti hari ini, Anwar berkata semua wakil rakyat parti itu hadir.

"Semua di sini. Bagi saya, isu (kem) adalah hal yang sudah lepas," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen