malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Agong temu bual semua ahli parlimen mulai hari ini
ADS

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri akan menemu bual semua ahli parlimen mulai hari ini, kata Datuk Paduka Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin.

Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 43 (2) (a) yang menyatakan Agong akan melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Apa yang akan berlaku hari ini dan esok ialah semua ahpi Parlimen akan dijemput untuk temu bual peribadi dengan Yang Di-Pertuan Agong.

"Ia ringkas, sekitar dua hingga tiga minit setiap seorang," katanya.

Ahmad Fadil berkata proses itu akan bermula pada pukul 2.30 petang.

"Ia akan bermula dengan kumpulan ahli parlimen berjumlah 90 orang. Kesemua akan dipanggil.

"Mereka akan diatur secara berturut-turut dan boleh dipanggil," katanya.

Beliau berkata ketua setiausaha kerajaan Mohd Zuki Ali akan bertindak sebagai saksi semasa temu bual.

Ahmad Fadil menambah bahawa ini mungkin kali pertama pemerintah menemu ramah setiap ahli parlimen.

Ahmad Fadil berkata temubual untuk hari ini akan berterusan sehingga pukul 7 malam dan boleh dilanjutkan.

"Apa yang dilakukan oleh Agong adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong mesti melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen