malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Fama meterai perjanjian jual beli buah dengan pengusaha ladang di Marang
Diterbitkan:  Feb 19, 2020 7:58 PM
Dikemaskini: 11:58 AM
ADS

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menandatangani perjanjian jual beli buah tembikai dan labu manis dengan tujuh pengusaha ladang di daerah Marang bernilai lebih RM170,000.

Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamed berkata mengikut perjanjian tersebut pengusaha terbabit akan membekalkan lebih 200 metrik tan buah-buahan tersebut kepada FAMA.

“Apabila kita buat perjanjian kontrak ladang ini, FAMA akan tetap membeli hasil keluaran mereka pada harga yang ditetapkan dalam perjanjian walaupun harga jatuh,” katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Seranting, di Marang hari ini.

Katanya bekalan tembikai dan labu manis tersebut akan dipasarkan di 100 ‘outlet’ jualan runcit FAMA di seluruh negeri.

Lambakan tembikai susulan Covid-19

Mengulas isu lambakan tembikai di Kelantan, katanya situasi itu turut mempengaruhi harga buah itu di Terengganu yang kini turun 50 sen kepada RM1.20 sekilogram daripada RM1.80 sekilogram pada Januari lepas.

“Lambakan itu berlaku ekoran penularan jangkitan COVID-19 yang menjejaskan permintaan antarabangsa terhadap buah tembikai dari Kelantan,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen