malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lelaki warga AS nekad mahu dikuarantin bersama isteri positif Covid-19
Diterbitkan:  Feb 19, 2020 5:37 PM
Dikemaskini: 9:37 AM
ADS

Suami wanita AS berusia 83 tahun yang positif Covid-19 mengambil keputusan untuk menemani isterinya di Hospital Sungai Buloh.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan media bahawa, lelaki berusia 85 tahun itu mahu dikuarantin meskipun bebas daripada virus itu.

"(Dia) tidak (dikuarantin), dia mahu (dikuarantin). Oleh itu, kami membenarkan (dia berbuat demikian) di Hospital Sungai Buloh," katanya.

"Dia menemani, dia berdepan risiko (dijangkiti Covid-19) tetapi dia mengambil risiko itu sendiri dan dia dibenarkan untuk membuat keputusan itu," katanya.

Bagaimanapun, Dzulkefly berkata, lelaki itu yang diuji negatif untuk Covid-19, memang mengalami masalah kesukaran bernafas.

Dzulkefly juga memaklumkan bahawa isterinya masih mengalami selesema dan batuk. Wanita warga AS itu diuji positif Covid-19 pada 15 Feb.

Dia sebelum ini menaiki penerbangan dari Phom Penh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama suaminya.

Kesemua 145 penumpang di dalam pesawat itu disaring sebaik tiba di Kuala Lumpur. Dua daripada mereka menunjukkan tanda-tanda Covid-19.

Pasangan itu adalah antara penumpang kapal pesiar MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada 13 Feb selepas beberapa negara tidak membenarkan kapal pesiar berkenaan berlabuh kerana bimbang jangkitan Covid-19.

Lihat Komen