malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IGP sahkan 4 polis ditahan atas dakwaan peras RM3 juta dari suspek dadah
ADS

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan penangkapan empat anggota polis semalam berhubung pemerasan berjumlah RM3 juta daripada seorang peniaga Taiwan.

Penahanan itu selepas lelaki Taiwan yang ditahan atas kesalahan dadah mengemukakan laporan terhadap polis yang didakwa terlibat.

Lelaki Taiwan itu dan beberapa rakan subahatnya ditahan dan makmal pemprosesan dadah di Cheras yang dikaitkan dengannya telah diserbu minggu lepas, meskipun dikatakan telah "membayar" polis berkenaan, lapor Malay Mail.

"Kita telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam tindakan tidak bertanggungjawab ini.

"Tidak ada kompromi... tiada siapa yang akan terlepas dari siasatan," katanya kepada media di Kuala Lumpur.

Terdahulu hari ini, Malay Mail melaporkan bahawa empat yang dikenal pasti sebagai inspektor, dua detektif berpangkat koperal, dan seorang koperal yang diletakkan di bahagian jenayah berat Selangor.

Hamid berkata polis masih belum memperoleh RM3 juta berkenaan kerana siasatan masih dalam peringkat awal.

Malay Mail melaporkan bahawa suspek pada mulanya menuntut wang tunai RM5 juta daripada lelaki itu dan rakannya dari Malaysia selepas mereka "menyerbu" apartmen yang menjadi makmal pemprosesan dadah pada 8 Feb.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya mampu membayar RM3 juta yang diserahkan kepada suspek yang meninggalkan dua kereta polis tanpa tanda.

Lelaki itu kemudian memutuskan untuk memfailkan laporan terhadap suspek selepas polis menyerbu apartmen berkenaan empat hari kemudian.

Lihat Komen