malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wee jawab Pua: Singgahlah di Pusat Khidmat MP Ayer Hitam
ADS

KATA MP | Alamak, Tony Pua ini tak faham bahasa Malaysia ke? Jawab dulu soalan saya sebelum kita pergi jauh.

Saya sudah kata dengan jelas, selesaikan dulu masalah yang ada melibatkan kumpulan B40 sebelum diperluaskan kepada M40. Saya langsung tidak pernah berkata, jangan bantu mana-mana kategori rakyat.

Mengenai bayaran untuk mendapatkan laporan perubatan, saya sudah pun menunjukkan bukti. Sehingga kini ia masih belum dijawab. Adakah Pua nak kata rakyat menipu?

Saya pernah mendapat aduan daripada pengundi-pengundi di kawasan saya, di parlimen Ayer Hitam, yang mengadu betapa susahnya nak menuntut bayaran mySalam.

Pesakit terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan laporan perubatan serta dicaj sebanyak RM40.

Saya sendiri berusaha mendapatkan peruntukan untuk membantu. Kalau lambat, mungkin perkara lebih buruk akan menimpa mereka.

Kalau Pua tidak percaya, pergilah sendiri berjumpa dengan mereka. Singgahlah ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ayer Hitam untuk mendapatkan maklumat pesakit itu.

Jangan lupa ajak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sekali.


Baca 'Kalau presiden MCA tidak tahu...'


Persoalan yang saya bangkitkan adalah jelas. Kenapa hanya menggunakan RM13.7 juta atau 3.4 peratus daripada RM400 juta yang diperuntukkan oleh mySalam untuk dimanfaatkan kepada pesakit B40 pada 2019?

Apa gunanya menyimpan baki yang banyak itu? Sedangkan rakyat mengeluh dengan kerenah birokasi yang menyusahkan untuk mendapatkan tuntutan? Pua faham tak maksud "kerenah birokrasi"?

Pua, bagaimana pula dengan Skim Peduli Sihat seperti yang termaktub di bawah 10 janji untuk 100 hari dalam Manifesto PH? Iaitu: "Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40." Sudah lupa?

Sekarang apa sudah jadi? Habuk pun tak ada!

Oh ya, saya ada banyak lagi persoalan tentang mySalam ini. Saya akan bangkitkan tidak lama lagi. Harap jangan lari, sila jawab. Tunggu!


DR WEE KA SIONG ialah ahli parlimen Ayer Hitam dan presiden MCA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen