malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua rakyat Malaysia atas kapal persiaran positif Covid-19
Diterbitkan:  Feb 18, 2020 10:26 AM
Dikemaskini: 2:45 AM
ADS

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid-19 dan sedang dirawat di Jepun.

Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpangnya dikuarantin di Pelabuhan Yokohama.

“Terdapat 2 rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian Covid-19 di atas kapal tersebut. 

"Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook hari ini.

Kapal Diamond Princess yang berlabuh di Pulau Yokohama dan penumpangnya dikuarantinkan selepas merekodkan lebih 400 kes jangkitan Covid-19 dan merupakan peningkatan jangkitan tertinggi di luar China.

Kapal persiaran itu tiba di perairan Jepun pada awal Februari membawa lebih 3,700 penumpang dan anak kapal dari lebih 50 negara.

 

Lihat Komen