malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Covid-19: Hubei catat 93 kematian baru
Diterbitkan:  Feb 18, 2020 8:47 AM
Dikemaskini: 12:49 AM
ADS

Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak koronavirus - Covid-19 meningkat sebanyak 93 kepada 1,789 kematian pada Isnin, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu di laman webnya.

Lebih 1,807 jangkitan dikesan di Hubei, yang merupakan pusat penyebaran wabak berkenaan, menjadian jumlah keseluruhan jangkitan di wilayah itu meningkat kepada 59,989 kes.

Menurut South China Morning Post, ini menjadikan jumlah kematian di seluruh dunia akibat wabak berkenaan berjumlah seramai 1,868 orang.

Sebanyak 1,863 kematian dilaporkan di tanah besar China manakala satu kematian di Taiwan, Hong Kong, Jepun, Filipina dan Perancis.

Setakat ini jumlah jangkitan di seluruh dunia akibat wabak berkenaan adalah seramai 73,348 orang di mana 10,615 kes dilapor telah pulih.

Lihat Komen