malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pilihan raya negeri S'wak tidak lama lagi, kata KM
Diterbitkan:  Feb 17, 2020 8:55 PM
Dikemaskini: Feb 18, 2020 8:19 AM
ADS

Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat, Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Sinchew Daily memetik Abang Johari sebagai berkata bahawa beliau sedang mencari masa yang sesuai untuk pilihan raya negeri.

Oleh itu, beliau berkata dengan pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat, anggota parti komponen Gabungan Parti Sarawak mesti menggandakan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kemenangan pada pilihan raya itu.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada majlis yang dianjurkan oleh sayap wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di Kuching hari ini.

Johari bagaimanapun tidak mengulas lanjut tarikh sebenar pilihan raya itu akan diadakan, sebaliknya memberi penekanan bahawa GPS harus menyiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri pada bila-bila masa.

Kali terakhir pilihan raya Sarawak pada 2016. Mandat akan tamat pada Jun tahun depan. Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia yang mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Pada Januari lalau, Borneo Post memetik Abang Johari mengatakan bahawa beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan tarikh pilihan raya negeri.

"Penggal ini hanya tamat pada 2021. Tidak perlu tergesa-gesa," katanya seperti dilapor.

Lihat Komen