malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Satu lagi kondo dalam pembinaan runtuh
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 6:52 PM
Dikemaskini: Feb 17, 2020 1:29 PM
ADS

Sebahagian struktur bangunan tinggi yang sedang dalam binaan runtuh di Taman Desa, Kuala Lumpur petang ini.

Ketika berita ini ditulis, terdapat laporan percanggahan laporan mengenai jumlah orang yang cedera.

EdgeProp melaporkan bahawa bangunan itu dikenali sebagai The Address, yang dibangunkan oleh Maxim Holdings Sdn Bhd.

Bangunan itu direncana mempunyai tiga menara dengan 30 tingkat di atas sebidang tanah seluas 132 kaki yang pernah menjadi rizab Tenaga Nasional Bhd.

Penduduk Taman Desa sebelum ini giat berkempen membantah projek itu kerana ia pernah dikategorikan sebagai kawasan hijau di bawah Pelan Induk Kuala Lumpur 2020.

Bagaimanapun, bantahan mereka tidak diendahkan dan tindakan undang-undang mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak berjaya.

Lihat Komen