malaysiakini logo
story-image
ADS

ULASAN | Tidak lama dahulu, Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi, malah menyekat Modi daripada memasuki AS.

Begitu juga dengan Donald Trump, tidak lama dahulu beliau muncul dalam rancangan realiti TV dengan membuat penampilan sebagai tetamu di dalam acara gusti profesional.

Namun, nasib kedua-dua orang ini telah berubah. Sekarang ini, Modi dan Trump telah menjadi ketua pemimpin di negara masing-masing, dan kedua-duanya mempunyai sokongan pengundi yang komited.

Trump dan Modi sering dilihat sebagai lambang kebangkitan semangat nasionalisme autokratik masa kini di negara demokrasi sekular. Kedua-duanya secara terbuka menindas golongan minoriti di negara mereka sendiri serta negara yang berdekatan.

Kedua-duanya juga menguasai rangkaian media sosial, mengambil alih media komunikasi tradisional serta secara terus berinteraksi bersama penyokong dan pengkritik mereka melalui platform digital popular.

Pada masa yang sama, mereka telah memeriksa kecenderungan mereka sendiri terhadap pemerintahan autokratik, dan kedua-duanya memberi reaksi untuk mengabaikan dan tidak mempedulikan sebarang percubaan untuk menghalang penggunaan kuasa otoritet mereka.

Banyak persamaan, tapi ada beza

Trump berdepan dengan dakwaan untuk dipecat oleh Dewan Perwakilan pada Disember lepas, namun diselamatkan oleh Senat pada Januari 2020. Modi pula telah menerima tamparan hebat apabila kalah dalam tiga pilihan raya negeri berturut-turut di Jharkhand, Maharashtra, dan baru-baru ini, New Delhi.

Trump, yang terkenal dengan perangai tidak suka untuk berkunjung ke tempat yang tidak mempunyai peminatnya, merancang untuk melawat India pada 24 dan 25 Februari ini, dan Modi sudah tentu ingin menyambutnya seperti menatang minyak yang penuh, termasuk menandatangani pembelian helikopter bernilai RM10.76 billion (AS$ 2.6 bilion), satu tawaran yang hebat, dan pada masa yang sama, memberi isyarat kepada China dan Pakistan mengenai penyusunan semula strategik baru di Selatan Asia.

Meskipun dua aktor autokrat ini mempunyai banyak persamaan, namun terdapat beberapa perbezaan antara dua pemimpin ini.

Trump, walaupun tidak menyokong orang Islam, namun beliau memberikan peluang yang sama rata. Iaa bukan ideologi, nampak lebih seperti pandai mengambil kesempatan, mengenai tindak balas Presiden AS ini terhadap musuh beliau, sama ada wujud atau hanya imaginasi beliau; iaitu rakyat Mexico, selebriti, pembangkang, dan yang paling utama, “Sosialis Radikal Kiri”.

Manakala Modi, seorang yang hanya pakar dalam satu dimensi sahaja. Polisi beliau didorongi oleh ideologi untuk menyisih dan menindas golongan minoriti Muslim di India, yang sebelum ini tidak pernah berlaku, menjadi agenda utama beliau sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan. Yang membimbangkan, tiada usaha untuk mengatasi agenda ini.

Trump tanpa segan silu mempromosi dirinya sendiri, hanya menyokong agenda yang memberi manfaat kepada diri dan kroninya sahaja. Beliau juga tanpa ragu-ragu memomokkan orang Muslim, tetapi beliau lebih memberi fokus untuk mengubah demografi AS daripada mana-mana sistem yang ada.

Peralihan demografi

Secara ringkas, Amerika tidak lagi “putih” dan kekuasaannya sudah beralih daripada WASPS, yang selalu melindunginya. Pihak Republikan amat marah apabila orang yang berkulit hitam menjadi Presiden AS, dan hasil daripada kemarahan itu adalah Donald J Trump.

Kebanyakkan gerakan “nasionalis politik” yang lain, - di Perancis, Sweden, Great Britain, Hungary - juga hasil daripada perubahan demografi yang sama seperti di AS. Di Amerika, ia disebut “pendatang asing”, namun di Eropah, ia digelar “pelarian”.

Brexit adalah reaksi terburu-buru terhadap pergerakan pekerja keluar-masuk yang tidak dapat dikawal di dalam negara anggota-anggota EU. Hasil peralihan demografi ini menekankan perbezaan budaya, bahasa, dan agama diiringi dengan permulaan zaman “politik identiti” - istilah yang sedang rancak dibualkan di Malaysia.

Di India, ia berbeza. Tujuh puluh lima peratus rakyatnya merupakan orang Hindu, manakala Muslim, Sikh, serta Kristian merupakan orang asli India. Ada antara mereka telah menukar agama, selebihnya dibawa masuk dengan kolonialisme, dan ada yang dipecahkan secara organik di dalam komuniti berbilang bangsa dan agama.

Orang Aryans, kaum yang memperkenalkan sistem sosial Vedic, merupakan pendatang daripada kawasan Asia Tengah, yang juga merentasi Mesopotamia dan Eropah dalam sejarah purba.

Sayap RSS BJP, yang bertanggungjawab menetapkan agenda polisi Modi, secara khususnya untuk menindas umat Islam, cuba untuk menyerupai etnik merentasi pelbagai diaspora, di mana hanya satu rujukan yang boleh diambil dalam sejarah - etnik Nazi Jerman yang menentang orang Yahudi mereka sendiri, satu usaha untuk membenarkan kekejaman dilakukan dengan buruk sekali kepada sesiapa yang terlibat.

Perbezaannya adalah jumlah orang yang terlibat; 10 juta orang Yahudi berbanding 200 juta umat Islam. Dunia mengutuk Holocaust yang terhasil daripada agenda Sosialis Nasional, adakah ia akan bertolak ansur dengan perkara ini?


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Lihat Komen