malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jumlah jangkitan Covid-19 terus meningkat, lebih 5,000 kes baru dilaporkan
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 4:45 PM
Dikemaskini: 8:45 AM
ADS

Wabak koronavirus China atau nama rasminya Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan lebih 5,000 kes baru dilaporkan hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata ia telah mencatatkan 121 kematian baru dan 5,090 kes Covid-19 baru di tanah besar pada 13 Feb, dengan jumlah keseluruhan yang dijangkiti sebanyak 63,851 orang.

Sekitar 55,748 orang sedang menjalani rawatan, sementara 1,380 orang telah meninggal dunia akibat wabak yang berpusat di ibu negara wilayah Hubei, Wuhan.

Penasihat perubatan China mengenai wabak itu, Zhong Nanshan, pada 12 Feb lalu dilapor media meramalkan wabak itu akan berada di tahap kemuncak pada bulan ini.

"Saya harap wabak ini atau insiden ini akan berakhir kira-kira pada April," kata Zhong kepada Reuters.

Bagaimanapun, jumlah terbaru yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda wabak maut berkenaan akan mencapai tahap kemuncak sebelum reda, kata Adam Kamradt-Scott, pakar penyakit berjangkit di Pusat Pengajian Keselamatan Antarabangsa di Universiti Sydney seperti dipetik Reuters.

"Berdasarkan trend semasa dalam kes yang disahkan, ini jelas menunjukkan bahawa walaupun pihak berkuasa China melakukan yang terbaik untuk mencegah penyebaran koronavirus, langkah-langkah yang agak drastik yang telah mereka lakukan setakat ini tidak begitu berkesa," katanya dipetik sebagai berkata.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Lihat Komen