BERITA

Covid-19: Pelajar Malaysia dihalau dari rumah sewa di Australia

13 Feb 2020, 7:17 am

Dikemaskini 2 bulan lepas

A
+
A
-

Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Malaysia menyambut perayaan Tahun Baru Cina mendapat kejutan yang tidak disangka apabila tuan rumah sewanya di Perth menghalaunya keluar kerana bimbang dia kemungkinan dijangkiti koronavirus.

Menurut laporan oleh Australian Broadcasting Corporation, pelajar yang tidak dinamakan itu keliru dengan tindakan tuan rumahnya itu memandangkan dia tidak berada mana-mana kawasan berdekatan dengan China, yang menyaksikan lebih 1,300 kematian berikutan wabak koronavirus.

Meskipun pada hakikatnya dia tidak mengunjungi China, pelajar tersebut yang berketurunan Cina itu, katanya dia dikunci dari luar apartmennya kira-kira jam 4 pagi.

Dia telah mengunjungi Malaysia pada 24 Jan dan pulang semula ke bilik sewanya di sebuah rumah bandar (townhouse) di Perth pada awal pagi, 4 Feb dan mendapati kunci telah ditukar.

Tambahnya, satu notis turut disertakan:

“AMARAN - DILARANG MENCEROBOH,” Rumah dikunci berikutan koronavirus.

“Disebabkan kegagalan anda untuk dihubungi bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) KECEMASAN GLOBAL berhubung koronavirus, anda tidak lagi dialu-alukan di rumah ini.”

Barang kepunyaannya juga telah ditinggalkan di luar rumah.

Difahamkan tuan rumah tersebut telah menghantar teks mesej kepadanya ketika percutiannya, tetapi dia hanya menerima mesej itu selepas tiba di Australia.

“Anda telah buat keputusan untuk pulang ke tanah air untuk menyambut Tahun Baru Cina ketika terdapat wabak koronavirus di sana.

“Pertubuhan kesihatan sedunia telah mengisytiharkan ia sebagai kecemasan global dan saya sekarang telah buat keputusan untuk menukar kunci-kunci di rumah ini dan meletakkan barang-barang kepunyaan anda di luar memandangkan saya prihatin dengan keadaan diri saya dan keluarga serta rakan-rakan saya,” menurut mesej tersebut.

Pelajar Malaysia itu yang tidak mendedahkan namanya berkata dia berasa sedih dan keliru kerana dia tidak mengunjungi di mana-mana kawasan berdekatan China atau bandar Wuhan, di mana virus itu mula dikesan.

Dia kemudian pergi pihak polis untuk memaklumkan perkara itu tetapi mereka tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana dia tidak mempunyai perjanjian sewa rumah yang rasmi dengan tuan rumah tersebut, di mana dia membayarnya setiap minggu.

Dia kini pindah ke rumah rakannya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.