malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM: Tiada isu dengan sijil cuti sakit Rosmah
ADS

SPRM telah meneliti sijil cuti sakit (MC) Rosmah Mansor dan mendapati tiada masalah dengannya, kata Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya.

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, beliau menjelaskan badan antirasuah itu diminta untuk mengesahkan MC berkenaan yang dikeluarkan ekoran Rosmah gagal menghadiri hari pertama perbicaraan rasuahnya minggu lepas.

“Sebenarnya penyiasatan itu lebih kepada pengesahan […]

“Apa yang berlaku ialah masalah ini dibangkitkan di mahkamah berkaitan dengan MC yang dikeluarkan dan terdapat isu-isu mengenai penerangan tentang penyakit yang dialami (Rosmah) dan saya rasa konteks itu (peguam) bercakap tentang pencarian semula di Google dan semua itu.

“[…] dan ia merupakan permintaan dari peguam susulan pengeluaran MC tersebut pada saat-saat akhir,” katanya.

“Saya rasa tiada masalah, kerana selepas itu pastinya, Rosmah hadir keesokkan harinya dan perbicaraan itu bermula. Jadi tiada isu,” kata Latheefa pada pelancaran APEC 2020 bertajuk Gender Mainstreaming and Women Empowerment to Fight Corruption symposium di Putrajaya.

Rosmah Mansor

Isnin lalu, peguam Jagjit Singh membawa MC itu ke mahkamah, yang menyatakan bahawa Rosmah tidak dapat hadir kerana spondilosis servikal, osteoartritis lutut dan kekurangan adrenal kronik.

Pendakwa Raya Gopal Sri Ram kemudiannya telah menolak MC tersebut, dengan menyatakan ia ditandatangani oleh doktor swasta bukan doktor kerajaan, seperti yang diperlukan.

Jagjit kemudian mengkritik pemeriksaan SPRM terhadap MC itu sebagai "gangguan" terhadap doktor swasta terlibat.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Pada November 2018, beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta bagi projek kerajaan.

Perbicaraan berterusan hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen