malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Perkeso tarik balik syarat baru kemudahan dialisis percuma
Diterbitkan:  Feb 6, 2020 8:31 PM
Dikemaskini: 12:31 PM
ADS

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menarik balik syarat baru yang akan mengehadkan sebahagian pencarum daripada mendapat rawatan dialisis secara percuma.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu berkata penarikan balik syarat itu berkuat kuasa serta merta selepas mempertimbangkan kebajikan pencarum dan saranan daripada Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

"Setelah mempertimbangkan kebajikan para pencarum dan saranan daripada yang berhormat Menteri Sumber Manusia, Lembaga Perkeso mengambil keputusan untuk menarik balik arahan tersebut agar kesemua pencarum Perkeso yang layak, termasuklah penerima bantuan Ilat akan menerima kemudahan bantuan dialisis seperti mana sebelum ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

Perkeso menjelaskan melalui arahan AKSP Bil. 1/2020 yang berkuatkuasa pada 10 Januari lalu, kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baru kelayakan caruman yang ditetapkan.

"Syarat ini adalah selari dengan prinsip perlindungan sosial dan kemampanan dana keselamatan sosial untuk masa hadapan.

"Walaupun arahan tersebut masih membolehkan sebilangan besar pencarum Perkeso untuk terus menikmati kemudahan dialisis, akan terdapat sebahagian daripada pencarum yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

"Perkara ini pastinya akan membebankan pesakit-pesakit buah pinggang, apatah lagi pembiayaan bagi rawatan dialisis adalah terhad pada ketika ini," katanya.

Lihat Komen