malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saksi: Permohonan pelaburan RM150 juta tak lalui pengurusan tertinggi Felcra
ADS

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Felcra memberitahu mahkamah bahawa surat permohonan Felcra Bhd - untuk melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad - kepada Kementerian Kewangan tidak melalui mesyuarat pengurusan tertinggi untuk dikaji.

Menurut Ramlee Abu Bakar, sebagai CEO beliau tidak pernah melihat dokumen tersebut.

"Saya tidak pernah melihat dokumen ini. Saya sahkan saya tidak mengetahui dokumen ini berkaitan apa.

“Surat permohonan itu tidak melalui mesyuarat pengurusan tertinggi untuk dikaji," katanya dalam pernyataan saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Demikian katanya, Ramlee dalam perbicaraan rasuah yang didakwa melibatkan Bung Mokthar Radin Bung.

Bung dan isterinya Zizie

Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Zizie Izette.

Ramlee, 59, saksi ketiga perbicaraan, berkhidmat sebagai CEO Felcra dari tahun 2013 hingga 2016.

Ramlee berkata, surat permohonan RM150 juta itu ditandatangani oleh Bung Mokthar selaku pengerusi Felcra Bhd juga tidak mempunyai tarikh dan hanya dinyatakan November 2014 sahaja.

Sementara itu, Ramlee memberitahu beliau tidak memaklumkan kepada menteri kewangan berkenaan cadangan pelaburan RM150 juta itu tidak boleh diluluskan tanpa dibawa ke mesyuarat pengurusan tertinggi.

"Tidak," katanya ketika ditanya pihak peguam bela.

Ramlee juga mengesahkan beliau tidak membangkitkan perkara itu kepada ahli lembaga pengarah Felcra.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Lihat Komen