malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kabinet belum bincang pasal PPSMI, kata Khalid
ADS

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) belum dibincangkan dalam kabinet setakat ini.

"Ia disebutkan tetapi tidak ada keputusan dan jika ia dibawa ke kabinet, saya cukup yakin ia sesuatu yang merupakan isu yang amat kontroversi yang akan menjana banyak perbincangan.

"Saya amat yakin bahawa pmrdana Menteri, seorang yang amat komited kepada konsep mencapai kata sepakat dalam kabinet, di mana beliau amat sedar bahawa keadaan sekarang tidak sama dengan zaman BN di mana kita (kini) merupakan gabungan yang sangat kuat dengan setiap parti mempunyai suara yang kuat, ia sangat penting untuk membawa isu-isu yang kontroversi ke kabinet untuk dibahas dan dibincangkan dengan teliti sebelum keputusan dibuat,"kata Khalid kepada pemberita pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka hari ini.

Dilaporkan semalam pemangku Menteri Pendidikan, Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri, berkata beliau sekali lagi mahu melihat pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

PPSMI dimansuhkan pada tahun 2011 selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen