malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Orang awam tidak tahu di mana Ridhuan berada, tetapi saya tahu'
Diterbitkan:  Jan 31, 2020 12:38 PM
Dikemaskini: 7:54 AM
ADS

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa bahawa beliau mengetahui lokasi bekas suami M Indira Gandhi, Muhammad Ridhuan Abdullah.

Walau bagaimanapun, beliau mendesak supaya penyelesaian secara baik dicapai bagi kes itu, yang telah berlarutan lebih sedekad.

Abdul Hamid juga menggesa Muhammad Ridhuan supaya tidak lagi bersembunyi.

“Orang awam tidak tahu di mana Ridhuan berada, tetapi saya tahu. Saya gesa dia tampil supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Kepada bapa itu, janganlah sembunyi lagi. Kedua-duanya, Indira dan bapa itu ada hak terhadap anak perempuan mereka.

“Saya memandang serius kes ini dan mahu ia berakhir dengan gembira terutama untuk kanak-kanak itu. Saya faham kekecewaan ibu itu dengan apa yang dilaluinya, saya tahu dia rindukan anaknya,” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh portal The Malaysian Insight.

Semalam, firma guaman yang mewakili M Indira Gandhi menolak kenyataan ketua polis negara, yang berkata beliau berharap akan ada "kesudahan dengan baik dan gembira" atau “happy ending” dalam kes berkenaan.

Menurut firma itu, bahawa tidak ada keperluan demikian susulan perintah Mahkamah Persekutuan yang memerintahkan IGP dan polis supaya menangkap Muhammad Ridhuan dan mengembalikan anak mereka, Prasana Diksa kepada ibunya.

Muhammad Ridhuan melarikan Prasana pada tahun 2009 apabila anaknya itu berusia 11 bulan, selepas dia memeluk Islam dan tidal lagi menggunakan nama asalnya, K Pathmanathan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen