malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPR masuk sekolah, jalankan program simulasi mengundi
ADS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melawat sekolah-sekolah menengah di seluruh negara untuk menjalankan simulasi proses pengundian sebagai sebahagian daripada program pendidikan pengundi terhadap mereka.

Pengerusi SPR< Azhar Azizan Harun juga memberi jaminan bahawa suruhanjaya itu tidak akan menjalankan indoktrinasi melalui program berkenaan.

"Modul ini sudah tersedia. Kami akan keluarkan modul ini kepada orang ramai supaya tiada sesiapa akan bangkitkan tuduhan bahawa kami cuba mengindoktrinasikan para pelajar.

"Kami tidak mengindoktrinasikan sesiapa, tetapi kami mahu mendidik," kata Azhar dalam satu sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.

Beliau berkata SPR melakukan percubaan menjalankan simulasi di sekolah pada tahun lalu dan program itu sangat mendapat sambutan.

Oleh itu, beliau berkata, SPR merancang untuk melawat 2,400 sekolah pada tahun ini bagi menjalankan simulasi untuk pelajar Tingkatan 4.

Ini kerana katanya, hanya pelajar Tingkatan 4 mengambil subjek pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Tahun lepas, Parlimen meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi dan umur calon kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.

Lihat Komen